BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Search This Blog

Tuesday, April 13, 2010

****sadis + ngeri mengingatinya***

Aku pun x tahu camne nak mulakan cerita nie..Tapi camne pun aku kena jugak menaip bagi memberi kesedaran pada orang ramai tentang ngerinya kemalangan yang berlaku..Memang kadang-kadang kemalangan terjadi atas sebab kesilapan diri sendiri..kadang-kadang kita leka dan terlalu taksub menunjuk kehebatan kita kepada kawan2 tanpa memikirkan kesannya..Akhirnya memakan diri kita sendiri..Ada juga sanggup ketepikan keselamatan diri bagi membuktikan kehebatan mereka di jalan raya...Insan seperti ini patut diberi kesedaran agar mereka mampu untuk mengubah diri agar tidak menyesal dikemudian hari.

Tapi ada juga insan yang tidak bersalah..Yang sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya tetapi tetap terbabit dalam kemalangan..Kenapa dan mengapa???persoalan itu memang sukar untuk dijawab apa lagi untuk diterjemahkan...Itulah yang dinamakan kehidupan..Tapi ada juga disebabkan kesalahan orang lain,kita yang menjadi mangsa....Dunia..Pelikkan??walaupun kita terlalu berhati-hati tapi jika orang lain yang mengabaikan nya bagaimana????

Tapi aku tertarik dengan keratan akhbar metro yang bertarikh 13 April 2010 yang menceritakan tentang kematian seseorang insan..Cuma tajuknya aku kurang berkenan..''superman putus kaki''..Tajuknya je dah menyedihkan bagi sesiapa yang membacakan nya..Lagi-lagi keluarga dan kawan rapat arwah..Aku yang mengenalinya pun sedih membaca tajuk tu..Walaupun aku tidak rapat dengan arwah tapi aku sentiasa melihatnya kerana die duduk 1 taman dengan aku..Boleh dikatakan jiranku..Sebagai manusia kita Hormatilah perasaan keluarga arwah..Walaupun apa yang berlaku kita x patut memalukan arwah..Fikirkan lah keadaan keluarga arwah yang membacanya..

Aku berharap sangat biarlah menjadi pengajaran pada semua pihak..Kita tidak seharusnya leka..Ajal sentiasa menjemput kita.,Beringat-ingatlah...Pada yang masih lagi taksub dengan berlumba..tolonglah hentikan perbuatan itu...Ia tidak mendatang kan keuntungan kepada kita malah merugikan kita...renung2kan lah kawan-kawanku...

hasil nukilan mimiememot..

0 comments: